Oeh : Datuk Zaid Ibrahim
Meninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya tidak terkejut kalau ada kedengaran rintihan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah Negara Polis (’Polis State’). Antara ciri-ciri sebuah ‘Police State’ ialah apabila polis menjadi satu kuasa pengawalan yang ditakuti. Polis mula menyekat kegiatan serta kebebasan orang ramai bersuara, yang merupakan amalan biasa di sesebuah negara bebas dan demokratik.
Kita dapat lihat bahawa pasukan polis lebih ditakuti dan bukan dihormati. Bloggers seperti saya juga turut berada dalam pemerhatian mereka. Undang-undang yang digunakan mereka telah menyekat kebebasan rakyat. Di dalam sebuah ‘Police State’, Polis boleh mengambil tindakan atas apa sahaja yang ditafsir atau dianggap berbahaya kapada kerajaan. Ini membolehkan mereka menyekat apa sahaja kegiatan orang awam yang dianggap menjejaskan kententeraman awam. Hari ini rakyat ditangkap kerana memakai baju warna hitam, menjual CD, tidak mahu makan, berkumpul secara aman dan sebagainya. Read the rest of this entry »