Konflik Aminah, PKR mungkin memihak saya – Nai
Posted by amkpermatangpauh on May 29, 2009
BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Nai Khan Ari berkata, konflik antara seorang lagi calon Bebas, Aminah Abdullah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlaku sejak hari pertama kempen secara rasmi bermula mungkin akan memberi peluang kepadanya.
Bagaimanapun Nai berkata, beliau tidak akan mengambil kesempatan melalui isu berkenaan mahupun menjadikannya sebagai modal kempennya.
“Saya tak berapa pasti dengan isu berkenaan kerana asyik fokus kepada kempen… jadual saya sangat padat untuk menemui pengundi.
“Bagaimanapun saya rasa isu itu mungkin akan memberikan gambaran baik kepada saya kerana orang akan kenal sebagai seorang yang mempunyai rekod bersih,” katanya ketika ditemui di bilik gerakanya di Penanti hari ini. Untuk laporan penuh [Klik disini]
Leave a Reply