AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for May 28th, 2009

Transkrip ucapan TG Nik Aziz pada 27 May

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

DSC_4802Tuan Guru Nik Aziz sedang menyampaikan ucapan beliau..

Ketika beliau berdiri diatas pentas suasana tiba-tiba bertukar menjadi sepi seketika.. Tak pernah hamba lalui peristiwa seperti ini sepanjang mengikuti ceramah-ceramah anjuran PR.

Berikut adalah sebahagian dari transkrip beliau..
Tuan guru memulakan ucapan dengan memetik bahawa kewajipan umat islam ialah mengikut Alquran dan juga mengamalkannya kerana ianya adalah pengajaran yang boleh didapati dari Alquran dan sebagai ajaran yg utama ,sembahyang misalnyanya. namun dalam beberapa perkara nak sembahyang pun kena permit.Disambut dengan gelak ketawan yang hadir. Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Sekitar Ceramah Perdana pada 27 May 2009

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

CERAMAH PERDANA

27 MAY 2009 DI KAMPUNG GUAR JERING

 DSC_4731YB Azmin Ali sedang berucap 

DSC_4732Khemah VIP yang agak lengang pada permulaannya

DSC_4745

DSC_4746Tiba-tiba menjadi penuh bila DS Anwar Ibrahim tiba.

DSC_4769Kehadiran TG Nik Aziz telah menyesakkan lagi suasana dibawah khemah.

DSC_4773Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim

DSC_4789MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut serta.

DSC_4782

DSC_4778

DSC_4783Para hadirin yang memenuhi padang

DSC_4796TG Nik Aziz dipapah menaiki pentas

DSC_4802Keriuhan bertukar hening seketika dengan berdirinya TG Nik Aziz di atas pentas.

DSC_4752

DSC_4753Petugas-petugas keselamatan.

 

Ceramah telah berakhir pada sekitar jam 12.00 Tengah malam

Posted in Aktiviti, Gambar, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Program AMK 28 May 2009 Khamis

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

12.30 tgh hari : Mengedar risalah Sek. Keb. Tanah Liat
5.00 Petang : Pelancaran jom pakat2 pi mengundi
5.30 Petang : Konvoi
8.00 Malam : Cadangan bacaan yassin dan solat hajat

Posted in PRK N12 Penanti, Program AMK | Leave a Comment »

Apa hal pulak dah!!

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

di-markas-pkr-mengkuang-semarak-018-250x187

di-markas-pkr-mengkuang-semarak-015-250x187

Kedua-dua gambar diatas telah dirakam Di Markas PKR Mengkuang Semarak

Kepada sesiapa saja dari AMK yang bermastautin di Mengkuang Semarak, tolong selidik kenapa perkara macam ni boleh berlaku. Adakah ini satu lagi provokasi oleh pihak BN atau memang benar mereka-mereka ini tidak berpuashati dengan PKR.

Posted in Politik, PRK N12 Penanti | 1 Comment »

Zahrain: Semua Dakwaan Aminah Satu Pembohongan

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

PULAU PINANG, 27 Mei (Bernama) — Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim Rabu menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

“Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Aminah untuk membuat satu lagi pendedahan baru yang berkaitan secara langsung dengan Zahrain dalam masa terdekat mengenai peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada 2007.

Sebelum ini, Aminah mendakwa wakil PKR cuba menyogok wang tunai dan jawatan sekiranya beliau menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya berkenaan.

— BERNAMA

Posted in Berita Terkini...., Politik, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Meeting not a trap, says Aminah

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

Thursday, 28 May 2009 00:13

The Independent candidate for the Penanti state by-election, Aminah Abdullah has denied she had laid a trap for two PKR members to come to her house on May 13.

“Kak Min has cordial relations with both of them and they have always come for ‘makan’, receptions and Hari Raya at my house.

“But I did not invite them on May 13. Instead, one of them had contacted me, wanting to see me.

“No one from PKR contacted me after I left the party in 2007 except for the duo,” she claimed while campaigning in Simpang Tiga Kubang Ulu here on Wednesday.

Aminah, who was the former PKR Wanita chief, has lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) alleging that two PKR members had offered her RM80,000 and the Penang Deputy Chief Minister 1 post should she win the by-election and rejoin the party.

PKR supreme council member Cheah Kah Peng and an assistant to a state executive councillor, Peter Lim Eng Nam have claimed that they fell into Aminah’s trap as she had invited them to have lunch at her house in Jelutong.

“Do you want Kak Min to swear (on the Al-Quran) about it? Kak Min can give them the CD if they want,” said Aminah, as she showed the CD to reporters.

Aminah also claimed that she had been threatened over the phone to withdraw the report.

“I believe the calls were made from public phone booths. This is a cowardly act,” she said, adding that she would not withdraw the report.

She said she would not apologise and was not scared of a threat by Penang PKR chairman Datuk Zahrain Mohamed Hashim that the party would file a defamation suit against her.

Aminah said she would also expose an event which happened in a hotel in Jawi in 2007 that she had reported to Datuk Seri Anwar Ibrahim and PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

“But no action was taken. I have the facts,” said Aminah. (Bernama)

Posted in Berita, Politik, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Masihkah kau ingat Aminah, kau berlari-lari ?

Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009

Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang telah `membuangkan’ diri serta `terbuang’ kini menjadi `Super Women’ dan diangkat sebagai ikon TV3 serta media-media bangkrap idea di negara ini. Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Aminah binti Abdullah atau lebih glamour dipanggil Kak Min. Semenjak beliau menawarkan diri menjadi calon bebas di dalam PRK Dun Penanti akan datang ini, nama tersebut menjadi `ratib’ kepada media kerajaan yang semakin dahaga kepada berita-berita sensasi.

Meski pun sebelum ini telah banyak kita melihat calon-calon bebas yang masuk bertanding di dalam PRK termasuk yang mencipta rekod calon bebas teramai di Dun Bukit Selambau baru-baru ini, tetapi tiada calon bebas yang mendapat liputan luar biasa dari pihak media seperti yang diperolehi oleh Kak Min.

Nampaknya Kak Min benar-benar seorang wanita yang bersikap lebih `jantan’ dari Umno. Kak Min berani menawarkan dirinya untuk menentang calon lain terutamanya dari calon PKR. Sebagai tanda terima kasih, memang wajar Kak Min diberi ruang yang luas oleh media perdana untuk beliau berkata apa jua asalkan dapat memburukkan imej PKR.

Baru-baru ini Kak Min mendedahkan tentang perlakuan rasuah yang kononnya dilakukan oleh PKR melalui wakilnya agar Kak Min menarik diri dari bertanding di Dun Penanti. Beliau mendakwa kononnya ditawarkan sejumlah wang serta beberapa jawatan termasuk yang menggelikan ketiak kita apabila Kak Min mendakwa beliau turut ditawarkan jawatan TKM 1 P.Pinang. Wah, hebat sungguh Kak Min ini sehingga PKR menawarkan beliau jawatan kedua tinggi di P.Pinang tersebut.

Namun demikian, Kak Min sendiri berkata, beliau tidak percaya kepada tawaran-tawaran tersebut. Nasib baik Kak Min mudah tersedar siapa diri beliau untuk berada di sisi KM P.Pinang Lim Guan Eng.

Setelah beliau terhidu bahawa `drama’ nya mudah dapat dibaca oleh PKR, maka sasarannya kini tertumpu kepada Pengerusi PKR P.Pinang Datuk Zahrain. Di dalam berita TV hari ini disiarkan amaran oleh Kak Min terhadap Datuk Zahrain bahawa beliau akan mendedahkan kisah di sebuah hotel di Jawi pada tahun 2007. “Masihkah kau ingat……” begitulah maksud Kak Min untuk mengingatkan Datuk Zahrain tentang peristiwa tersebut.

Walaupun Kak Min cuba untuk memberi amaran kepada Datuk Zahrain agar mengingati peristiwa di hotel tersebut, jelas kita lihat Kak Min sendiri tidak ingat tarikh dan di mana peristiwa itu berlaku dan sering mendapat bantuan dari orang sebelahnya (mungkin suaminya) di dalam memberikan kenyataannya semasa disoal oleh wartawan. Sebelum ini pun kita lihat sendiri Kak Min memberi kenyataan kepada media dengan menggunakan teks yang telah disediakan. Ini bermakna Kak Min masih lemah di dalam ilmu tipu muslihat politik dan perlu lebih banyak menuntut dengan Raja Sesumpah.

Calon PKR yang bertanding di Dun Penanti adalah Dr Othman bukannya Datuk Zahrain. Kak Min mungkin terlupa pasal itu atau sengaja menggunakan taktik karat tersebut sepertimana yang pernah Raja Sesumpah lakukan. Di dalam PRK Parlimen K.Terengganu sebelum ini calon PR adalah PAS dan bukan PKR mahu pun DS Anwar, tetapi Raja Sesumpah setiap malam menjaja keburukan DS Anwar sehinggalah ke PRK Bukit Selambau.

Seandainya Raja Sesumpah ini diberi peluang berkempen di Indonesia, India atau di Bangladesh tidak mustahil Raja sesumpah akan menyebut nama DS Anwar berkali-kali. Semakin kerap dan lantang disebut nama DS Anwar, semakin hebat dan kuat pula DS Anwar dan PKR. Akhirnya Raja Sesumpah termakan sumpah dan hilang dengan kotak-kotaknya. Kini, Kak Min ingin mencuba cara sedemikian untuk menonjolkan dirinya. Saya yakin, pengundi-pengundi di Dun Penanti akan memberi pelajaran berguna buat Kak Min sepertimana pelajaran yang telah diperolehi oleh Raja Sesumpah di dalam beberapa PRK baru-baru ini.

Tidak mustahil akan berlaku lagi upacara `sumpah’ di bumi Permatang Pauh. Jika dahulu, Najib dan Raja Sesumpah bersumpah sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kini rekod bakal tercipta bila mana seorang wanita akan bersumpah. Sumpahnya mungkin berkaitan dengan “masihkah kau ingat kejadian di hotel……” (kejadian apa di hotel? Adakah sama seperti kejadian yang berlaku kepada Chua Soi Lek? ) Wallahu Aklam. Apa pun yang pasti dan kita ingin ingatkan kepada wanita ini, jangan sehingga kamu tidak mendapat apa yang dihajati dan lebih malang lagi turut kehilangan kawan-kawan rapat kamu. Kalau saya yang menjadi kawan rapatnya yang makan di rumah beliau baru-baru ini, saya pasti akan `muntah’kan kembali makanan yang saya makan. Selepas PRK Dun Penanti ini, adakah lagi kawan-kawan yang berani berkawan dengan Kak Min ? Entahlah.

Sumber : al-banjari online 2009

 

Posted in Politik, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »