AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR timbang tindakan undang-undang terhadap Aminah

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

Free Image Hosting
AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANGPengerusi PKR P.Pinang,Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata parti itu sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas, Aminah Abdullah.

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah, yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim (gambar) berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali.

“Kami tidak teragakagak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Aminah dalam persidangan akhbar semalam turut mengemukakan CD rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Zahrain berkata beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan dari manamana pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah.

“Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah, dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu,” katanya. BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: