AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR cabar Aminah lapor SPRM isu ganjaran

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar calon Bebas, Aminah Abdullah membuat laporan kepada Suruhanja-ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya parti itu menawarkan ganjaran supaya beliau tidak bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ketua Penerangannya, Tian Chua, berkata dakwaan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti untuk mengaitkan PKR pernah menawarkan ganjaran kepada calon Bebas itu.

“Saya cabar Aminah supaya membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu,” katanya pada sidang media di Yayasan Aman di Penanti dekat sini, semalam.

Kelmarin, Aminah dilaporkan berkata beliau akan mendedahkan bukti ganjaran ditawarkan oleh PKR supaya menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei ini.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang yang menggunakan lambang kunci, turut dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan melaporkan perkara itu kepada SPRM.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, berkata beliau berharap Aminah berhenti menyebarkan fitnah dan tidak menyerang peribadi calon yang bertanding sepanjang berkempen.

“Saya dan Aminah sangat rapat dan kami seperti adik beradik. Walaupun beliau menawarkan diri bertanding tetapi hubungan kami tidak akan terjejas disebabkan tindakannya itu,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau sangat menghormati keputusan ‘kakaknya’ yang memberanikan diri bertanding pada pilihan raya kecil itu dan menganggap ia disebabkan perbezaan pendapat dengan pemimpin.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, hampir 45 peratus pengundi sudah ditemui oleh jentera PKR sejak tiga minggu lalu.

“Kami mengadakan kempen dari rumah ke rumah bagi memastikan pengundi berdaftar keluar mengundi. Jangan fikir PKR sudah menang, maka mereka tidak mengundi,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang paling dikhuatiri ketika hari pengundian ialah penurunan peratusan yang keluar mengundi kerana ia akan menjejaskan majoriti.

Sumber : Media UMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: