AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

May 25, 09 5:00pm Malaysiakini

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR,” katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengarah Pilihanraya Kecil Penanti dari PKR, Saifuddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti.

Sumber: Media UMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: