AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for May 26th, 2009

Pentas AMK

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

Free Image Hosting
Abang Mat Sabu diatas pentas, beliau telah mencadangkan agar SPRM mengambil semula SPM.

Free Image Hosting
Para hadirin dikiri pentas.. dihujung kawasan yang gelap tu, terdapat lebihkurang 6 orang SB.

Free Image Hosting
Hadirin dikanan pentas, dibelakang khemah tu pun ada SB.

Free Image Hosting

Free Image Hosting
Sebagaimana yang telah dirancangkan, selepas selesai memberikan ucapan, cabutan nombor bertuah akan dijalankan.

Free Image Hosting
Chegu Bard yang sentiasa bersemangat diatas pentas.

Free Image Hosting
Menyampaikan hamper kepada hadirin yang bertuah.

Free Image Hosting
Dari AMK Permatang Pauh, saudara Shukeri sebagai MC.

Free Image Hosting

Free Image Hosting
YB S.Manikumar ADUN Bukit Selambau yang telah turun membantu kempen dari pukul 9.00 pagi.

Free Image Hosting
Hampir 150 Borang keahlian PKR telah diserahkan oleh saudara Fariz Musa kepada Ketua AMK Permatang Pauh saudara Amir Gazali

Free Image Hosting
Ucapan penutup oleh saudara Fariz Musa

Free Image Hosting

Free Image Hosting
Para petugas bergambar kenangan.

Posted in PRK N12 Penanti, Program AMK | Leave a Comment »

JOM PI ROMBONGAN

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

Strategi Umno tidak mahu bertanding untuk elak dari Pilihanraya ini jadi medan mendedahkan kepincangan dan penyelewengan serta jenayah pemimpinnya. Harapan mereka jika Umno tidak tanding maka keADILan akan memperlahankan jentera kempenya.

Malang sekali bagi mereka jentera keADILan tetap berjalan seperti biasa. Umno dan kepincangan regim Bn diserang dari segenap sudut. Ramai orang Umno tegar pun mula ‘tersedar’ dengan apa yang berlaku. Gusar dengan perkembangan tersebut maka Umno telah menganjurkan rombongan percuma termasuk wang poket disediakan pada hari mengundi.

Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.
Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

“Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi,” kata sumber terbabit.

Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN

Sumber : Blog hidup dan harapan

Posted in Politik, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

SAFETY RIDING di bilik Gerakan Utama AMK

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

Walaupun program telah dirancangkan kurang dari 24 jam,Program SAFETY RIDING telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh penduduk GUAR PERAHU.

Free Image Hosting
Kaunter pendaftaran yang dibuka.

Free Image Hosting
Chegu Bard dan bekas juara CUB PRIX MALAYSIA YASIR SAID

Free Image Hosting
Sekatan jalan raya yang menghala ke bilik gerakan Utama AMK bagi membantu petugas-petugas AMK memastikan bahawa semua motorsikal yang hendak menyertai program menepati piawaian JPJ sebagaimana yang telah disyaratkan oleh Jawatankuasa Program.

Free Image Hosting
Deretan Motorsikal yang menyertai program dan telah melepasi saringan pihak Polis.

Program turut di saksikan oleh calon PKR DR MANSOR OSMAN dan beliau memuji penganjur kerana berjaya merealisasikan program tersebut.Kehadiran bekas juara CUB PRIX MALAYSIA YASIR SAID juga telah menceriakan program yang dianjurkan.

Dalam pada itu juga pertunjukkan oleh pelumba cilik menunggang POCKET BIKE memanaskan lagi program SAFETY RIDING tersebut.Di sini kita dapat melihat bahawa anak muda sudah dapat menerima program yang di anjurkan oleh PKR dengan kehadiran anak muda tempatan datang menyaksikan pertunjukkan.

Sebanyak 100 botol minyak enjin berjenama HI-REV di gunakan dalam acara servis dan menukar minyak enjin percuma kepada 100 motosikal pertama.Program seperti ini harus di teruskan bagi mendekatkan anak muda dengan PAKATAN RAKYAT.

Tahniah buat semua yang terlibat dan terima kasih diucapkan kepada pihak polis yang telah membantu menjalankan tugas penyaringan peserta program.

Posted in PRK N12 Penanti, Program AMK | Leave a Comment »

Aminah Peralatkan Kawan Untuk Di Jadikan Senjata Politik

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

Calon bebas Aminah Abdullah memerangkap dua kenalan beliau dari Parti Keadilan Rakyat dengan menjemput mereka untuk makan tengah hari dan kemudian merakamkan perbualan peribadi antara mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah PKR.

Pengarah Pilihanraya PKR Saiffudin Nasution berkata Aminah, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang, sememangnya mempunyai hubungan baik dengan dua ahli berkenaan.

Saifuddin berkata dua ahli PKR itu telah menerima undangan Aminah untuk makan tengah hari seperti lazimnya.

Namun kali ini, Aminah bertindak merakamkan perbualan mereka untuk digunakan sebagai modal bagi meraih undi pada pilihanraya kecil Penanti Ahad ini.

Saifuddin berkata Aminah jelas bertindak tidak iklas terhadap dua rakannya itu, semata-mata dalam cubaan untuk menfitnah PKR.

“Mereka (Dua rakan Aminah) hadir makan tengahari, bahkan mereka dijemput untuk makan tengahari. Kemudian perbualan mereka dirakam. Kalau dijemput makan tengahari, tak perlulah rakam kalau tidak ada apa-apa niat,” kata Saifuddin.:

Saifuddin sekali lagi menegaskan bahawa PKR tidak pernah menawarkan sebarang imbuhan kepada Aminah dan segala perbualan yang dirujuk oleh calon bebas itu adalah bersifat peribadi antara beliau dan dua kenalannya itu.

Aminah mendakwa kononnya dua ahli PKR berkenaan dihantar oleh parti itu untuk menawarkan beliau pelbagai imbuhan bagi menarik diri daripada pada pilihanraya kecil Penanti.

Aminah mendakwa beliau kononya juga ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika menang pilihanraya kecil itu.

Namun pemerhati politik berpendapat, tidak masuk akal untuk PKR membuat tawaran seperti mana yang di dakwa oleh Aminah, kerana parti itu dalam keadaan selesa untuk mengekalkan kerusi Penanti.

Tambahan pula Aminah tidak mempunyai sokongan akar umbi di Penanti yang merupakan kubu kuat PKR dan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata PKR akan membuat kenyataan lebih menyeluruh selepas peguam PKR selesai meneliti rakaman audio perbualan tiga jam antara Aminah dan dua kenalannya itu.

Parti itu juga akan menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyelesaikan siasatan bersabit tuduhan Aminah itu.

“Kenyataan yang disebut semalam menyentuh mengenai tuduhan tawaran wang dan jawatan,” kata Saifuddin. “Panel peguam telah dibentuk untuk meneliti rakaman audio ini dan sekiranya ada unsur-unsur seperti yang dituduh itu, maka ia akan disertakan dalam notis kepada calon berkenaan.”

Saifuddin berkata pada peringkat in, PKR berpendirian dakwaan Aminah itu bersifat fitnah yang bertujuan mencemar parti berkenaan dan cubaan terdesak oleh beliau untuk meraih sokongan pengundi.

PKR pagi ini telah menghantar notis guaman kepada Aminah, menuntut beliau memohon maaf kepada PKR dan berhenti mengaitkan parti itu kepada perbualan peribadi yang di rakamnya itu.

Saifuddin berkata setelah mendengar rakaman itu, beliau secara peribadi berpendapat Aminah menunjukkan minat mahu kembali ke pangkuan PKR.

“Komen saya adalah satu acara makan-makan, pertemuan antara sahabat dalam suasana mesra dan gelak-tawa,” kata Saifuddin. “Acara itu juga menunjukkan seperti ada hasrat untuk kembali menyertai parti. Itu gambaran yang saya dapat,” tambah Saifuddin.

Sumber : Tv Mutiara

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

SIAPA AMINAH ?

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

SATU PAKATAN, SATU SERUAN UNTUK KEADILAN

Monday, May 25, 2009
SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang’ lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang.Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama’ bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama’ itu lah pembawa `karat’ kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat’ kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch’ pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu’ tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik’ yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling’ antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik’ yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang’ apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan’nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse’ pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse’ dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

PKR mengaku dua ahlinya menemui Aminah

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

BUTTERWORTH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui dua ahlinya ada menemui calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Penanti PKR, Saifuddin Nasution, berkata perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman di sini pagi tadi.

Aminah semalam membuat laporan polis mendakwa dua wakil PKR itu menawarkan habuan wang tunai dan jawatan supaya beliau menarik diri atau menyertai parti itu jika menang pilihan raya kecil itu.

Antara lain, beliau mendakwa ditawar wang RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) untuk menarik diri dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 untuk menyertai PKR jika menang pilihan raya kecil itu.

Pagi tadi Aminah menyerahkan rakaman suara dan gambar pertemuan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber : Media UMNO

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Aminah serah rakaman kepada SPR, akan beri keterangan kepada SPRM

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

GEORGETOWN: Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, menyerahkan cakera padat rakaman dan gambar pertemuan beliau dengan dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang.

Aminah yang mendakwa ditawarkan sogokan wang tunai dan jawatan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding atau menyertai parti itu jika menang, juga akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sumber : Media BN

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

PKR cabar Aminah lapor SPRM isu ganjaran

Posted by amkpermatangpauh on May 26, 2009

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar calon Bebas, Aminah Abdullah membuat laporan kepada Suruhanja-ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya parti itu menawarkan ganjaran supaya beliau tidak bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ketua Penerangannya, Tian Chua, berkata dakwaan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti untuk mengaitkan PKR pernah menawarkan ganjaran kepada calon Bebas itu.

“Saya cabar Aminah supaya membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu,” katanya pada sidang media di Yayasan Aman di Penanti dekat sini, semalam.

Kelmarin, Aminah dilaporkan berkata beliau akan mendedahkan bukti ganjaran ditawarkan oleh PKR supaya menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei ini.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang yang menggunakan lambang kunci, turut dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan melaporkan perkara itu kepada SPRM.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, berkata beliau berharap Aminah berhenti menyebarkan fitnah dan tidak menyerang peribadi calon yang bertanding sepanjang berkempen.

“Saya dan Aminah sangat rapat dan kami seperti adik beradik. Walaupun beliau menawarkan diri bertanding tetapi hubungan kami tidak akan terjejas disebabkan tindakannya itu,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau sangat menghormati keputusan ‘kakaknya’ yang memberanikan diri bertanding pada pilihan raya kecil itu dan menganggap ia disebabkan perbezaan pendapat dengan pemimpin.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, hampir 45 peratus pengundi sudah ditemui oleh jentera PKR sejak tiga minggu lalu.

“Kami mengadakan kempen dari rumah ke rumah bagi memastikan pengundi berdaftar keluar mengundi. Jangan fikir PKR sudah menang, maka mereka tidak mengundi,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang paling dikhuatiri ketika hari pengundian ialah penurunan peratusan yang keluar mengundi kerana ia akan menjejaskan majoriti.

Sumber : Media UMNO

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »