Sekitar hari penamaan calon.
Posted by amkpermatangpauh on May 24, 2009
Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR, Penamaan calon bagi DUN N12 Penanti telah berlangsung pada hari ini 23 May 2009. Bertempat di IKBN BM yang jauh lebih kecil dari Maktab Perguruan Tengku Bainun, tempat kebiasaan penamaan calon bagi semua pilihanraya sebelumnya.
Jalan ke Berapit dari Mengkuang yang ditutup sempena penamaan calon.
Dari Parlimen Ampang mereka datang.
Perarakan didahului oleh para pemimpin PR.
Bergerak menuju ke pusat penamaan calon di IKBN BM
Deretan gerai dipinggir jalan menuju ke IKBN.
Kerusi Speaker bagi mengantikan kerusi Speaker Perak yang telah diragut oleh BN.
Samada disini atau diseberang sana, hanya para penyokong PR yang kelihatan.. Nampak macam hari keluarga PKR saja..
Generasi Baru Pakatan Rakyat..
Posing istimewa dari wakil Generasi Baru Pakatan Rakyat.
Selepas tempoh penamaan tamat jam 10.00 pagi , lima orang calon telah menyerahkan borang pencalonan. Kali ini BN tetap dengan pendirian mereka untuk tidak bertanding, kerana tdak mahu membazir kononnya..
Leave a Reply