AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for May 24th, 2009

Program Dr. Mansor pada Isnin 25 Mei 2009

Posted by amkpermatangpauh on May 24, 2009

Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Yayasan Aman Penanti
Program : Sidang akhbar

Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Kampung Tok Elong
Program : Makan tengahari

Masa : 1.00 Petang
Tempat : Sek. Keb. Taman Guar Perahu
Program : Walk about bersama AMK

Masa : 1.30 Petang
Tempat : Masjid Taman Guar Perahu
Program : Solat Zohor

Masa : 2.00 Petang
Tempat : Kubang Semang
Program : Menyampaikan bantuan kepada pelajar miskin ke Universiti

Masa : 2.30 Petang
Tempat : Guar Jering
Program : Melawat bilik gerakan Negeri Sembilan

Masa : 3.00 Petang
Tempat : Taman Guar Perahu
Program : Melawat bilik gerakan Negeri Selangor

Masa : 3.30 Petang
Tempat : Penanti
Program : Melawat bilik gerakan Negeri Perak

Masa : 4.00 Petang
Tempat : Sungai Semambu
Program : Melawat bilik gerakan Negeri Kelantan

Masa : 4.30 Petang
Tempat : Surau Haji Puteh
Program : Solat Asar

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Simpang Toga Kubang Ulu
Program : Program Khidmat Masyarakat

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Penanti
Program : Pasar Malam Penanti

Masa : 6.00 Petang
Tempat : Padang Kubang Semang
Program : Pertandingan Bola Sepak

Masa : 7.00 Petang
Tempat : Surau Tanah Liat
Program : Sembahyang Maghrib

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Sungai Semambu
Program : Program pendaftaran warga emas

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Masjid Kubang Ulu
Program : Solat Isyak

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Rumah Mani, Kubang Ulu
Program : Ceramah Kelompok Masyarakat India

Masa : 9.30 Malam
Tempat : Kampung Bukit Berangan
Program : Ceramah Kelompok

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Mengkuang Mak Sulong
Program : Ceramah Kelompok

Masa : 10.30 Malam
Tempat : Simpang Tiga Kubang Ulu
Program : Ceramah Kelompok

Masa : 11.00 Malam
Tempat : Kubang Semang
Program : Ceramah Perdana

Semua program adalah tertakluk kepada pindaan disaat-saat akhir.

Posted in Aktiviti | Leave a Comment »

AMK dihari penamaan calon N12

Posted by amkpermatangpauh on May 24, 2009

Ahli-ahli dari AMK Permatang Pauh semasa hari penamaan calon N12 yang berlangsung di IKBN BM pada 23 May 2009 yang lalu.

Free Image Hosting
Dari cabang keselamatan AMK, UKP. Aku pinjam gambar ni dari kedaikopitepimasjid

Free Image Hosting
UKP yang berada dibarisan hadapan.

Free Image Hosting
Serius menjalankan tugas..

Free Image Hosting
Boss AMK Permatang Pauh.. Saudara Amir Gazali.

Free Image Hosting
Walaupun cuaca panas terik, tapi masih mampu tersenyum.

Free Image Hosting
Saudara Amizuddin dari AMK Kepala Batas turut hadir.

Free Image Hosting
Dari dua negeri yang berbeza.

Free Image Hosting
Mesyuarat tergempar ditepi jalan.. Bawah pokok tak ada ruang dah.

Free Image Hosting
Berehat seketika dikedai Tom Yam. Seketika yang agak lama…

Posted in Aktiviti, Gambar | Leave a Comment »

PENANTI – Saingan 4 penjuru

Posted by amkpermatangpauh on May 24, 2009

Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, empat orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini layak bertanding, demikian diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.

Mohd Saberi Othman, seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya.

Sebab penolakan tersebut belum dapat dipastikan, setakat ini.

Keempat-empatnya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei – kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon sejak 9 pagi mencipta kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris – calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak – turut mencuba nasib sekali lagi di kerusi DUN Pulau Pinang itu.

Dua lagi calon bebas, bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dijangka akan memberi saingan kepada Mansor.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan “bubar (DUN) Perak” para penyokong.

Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu – satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.

Kerusi tersebut kosong selepas wakil rakyat PKR Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan ADUN 16 April lalu di tengah-tengah kehangatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

sumber : malaysiakini

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar hari penamaan calon.

Posted by amkpermatangpauh on May 24, 2009

Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR, Penamaan calon bagi DUN N12 Penanti telah berlangsung pada hari ini 23 May 2009. Bertempat di IKBN BM yang jauh lebih kecil dari Maktab Perguruan Tengku Bainun, tempat kebiasaan penamaan calon bagi semua pilihanraya sebelumnya.

Free Image Hosting
Jalan ke Berapit dari Mengkuang yang ditutup sempena penamaan calon.

Free Image Hosting
Srikandi yang turut serta.

Free Image Hosting
Dari Parlimen Ampang mereka datang.

Free Image Hosting
Perarakan didahului oleh para pemimpin PR.

Free Image Hosting
Bergerak menuju ke pusat penamaan calon di IKBN BM

Free Image Hosting
Deretan gerai dipinggir jalan menuju ke IKBN.

Free Image Hosting
1 Black Malaysia

Free Image Hosting
Kerusi Speaker bagi mengantikan kerusi Speaker Perak yang telah diragut oleh BN.

Free Image Hosting

Free Image Hosting

Free Image Hosting
Samada disini atau diseberang sana, hanya para penyokong PR yang kelihatan.. Nampak macam hari keluarga PKR saja..

Free Image Hosting

Free Image Hosting
Generasi Baru Pakatan Rakyat..

Free Image Hosting
Posing istimewa dari wakil Generasi Baru Pakatan Rakyat.

Selepas tempoh penamaan tamat jam 10.00 pagi , lima orang calon telah menyerahkan borang pencalonan. Kali ini BN tetap dengan pendirian mereka untuk tidak bertanding, kerana tdak mahu membazir kononnya..

Posted in Berita Terkini...., Politik | Leave a Comment »