Selamat Ulang Tahun Yang Ke – 2
Posted by amkpermatangpauh on May 18, 2009
Penanti,15/05/09- Unit Keselamatan Parlimen atau lebih dikenali sebagai UKP Bahagian Permatang Pauh telah mengadakan Majlis Jamuan sempena Ulang Tahun Ke-2 mereka. UKP telah ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi di bawah Biro Latihan & Keselamatan dan merupakan salah satu cabang dalam AMK Bahagian Permatang Pauh.
Menurut Sdr Mazlan (gambar) yang bertindak sebagai Pengarah unit ini,di awal penubuhannya hanya terdapat seramai 14 orang ahli berdaftar. Akan tetapi setelah 2 tahun bergerak, pada hari ini UKP telah mempunyai seramai 260 orang ahli berdaftar.
Menurut beliau lagi tugas utama UKP adalah mengiringi pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Permatang Pauh dan amnya di Negeri Pulau Pinang.
Menurut Sdr mazlan pada asasnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial dimana khidmat yang ditawarkan ialah membantu golongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran,kematian dan bantuan sosial dan sehingga kini tenaga ,keperluan harian dan wang ringgit yang disumbangkan golongan korporat termasuk wakil rakyat yang lama dan akan datang di salurkan kepada golongan yang memerlukan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr Mansor,bakal calon N12 DUN Penanti. Di dalam ucapannya, beliau dipetik sebagai berkata UKP adalah satu-satunya biro yang paling aktif di dalam AMK Bahagian Permatang Pauh bukan sekadar di Pulau Pinang malahan mungkin di seluruh negara.
Dalam majlis tersebut juga dan bersempena dengan pilihanraya Penanti, Dr mansor telah merasmikan ulangtahun ke dua penubuhan Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ini dan dengan menggunakan jaket yang baru di harap ianya dapat memberikan satu inisiatif dan juga dorongan agar UKP dapat menjalankan tugas membantu pasukan keselmatan terutamanya mengiringi lawatan,di kawasan tempat ceramah dan juga aktiviti social yang lain.Menurut Dr Mansor lagi usaha ini diharapkan dapat di perluaskan ke seluruh negeri dan kawasan parlimen masing-masing.
This entry was posted on May 18, 2009 at 11:21 am and is filed under Aktiviti, Gambar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Krauser said
harap berkekalan