AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for May 18th, 2009

Imej Baru Unit Iring UKP

Posted by amkpermatangpauh on May 18, 2009

UKP dengan rasminya telah memperkenalkan imej baru unit iring. Tugas utama unit ini adalah untuk mengiringi pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dengan pelancaran imej baru ini diharap unit iring dapat mempertingkatkan lagi tahap kerja mereka dari masa ke semasa.


Calon N12 Penanti menunjukkan baju baru bagi kegunaan UKP mengiringi mana-mana pemimpin yang hadir di Permatang Pauh.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Dr Mansor sendiri yang hadir sebagai tetamu kehormat pada malam tersebut.


Dr Mansor mengenakan Cap yang disampaikan oleh Sdr Mazlan sebagai tanda kenangan.

Posted in Aktiviti, Gambar | 1 Comment »

Selamat Ulang Tahun Yang Ke – 2

Posted by amkpermatangpauh on May 18, 2009

Penanti,15/05/09- Unit Keselamatan Parlimen atau lebih dikenali sebagai UKP Bahagian Permatang Pauh telah mengadakan Majlis Jamuan sempena Ulang Tahun Ke-2 mereka. UKP telah ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi di bawah Biro Latihan & Keselamatan dan merupakan salah satu cabang dalam AMK Bahagian Permatang Pauh.

Menurut Sdr Mazlan (gambar) yang bertindak sebagai Pengarah unit ini,di awal penubuhannya hanya terdapat seramai 14 orang ahli berdaftar. Akan tetapi setelah 2 tahun bergerak, pada hari ini UKP telah mempunyai seramai 260 orang ahli berdaftar.

Menurut beliau lagi tugas utama UKP adalah mengiringi pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Permatang Pauh dan amnya di Negeri Pulau Pinang.

Menurut Sdr mazlan pada asasnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial dimana khidmat yang ditawarkan ialah membantu golongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran,kematian dan bantuan sosial dan sehingga kini tenaga ,keperluan harian dan wang ringgit yang disumbangkan golongan korporat termasuk wakil rakyat yang lama dan akan datang di salurkan kepada golongan yang memerlukan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr Mansor,bakal calon N12 DUN Penanti. Di dalam ucapannya, beliau dipetik sebagai berkata UKP adalah satu-satunya biro yang paling aktif di dalam AMK Bahagian Permatang Pauh bukan sekadar di Pulau Pinang malahan mungkin di seluruh negara.

Dalam majlis tersebut juga dan bersempena dengan pilihanraya Penanti, Dr mansor telah merasmikan ulangtahun ke dua penubuhan Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ini dan dengan menggunakan jaket yang baru di harap ianya dapat memberikan satu inisiatif dan juga dorongan agar UKP dapat menjalankan tugas membantu pasukan keselmatan terutamanya mengiringi lawatan,di kawasan tempat ceramah dan juga aktiviti social yang lain.Menurut Dr Mansor lagi usaha ini diharapkan dapat di perluaskan ke seluruh negeri dan kawasan parlimen masing-masing.

Posted in Aktiviti, Gambar | 1 Comment »