Siapa Lawannya????
Posted by amkpermatangpauh on April 27, 2009
Berikutan pengumuman oleh spr bahawa hari mengundi DUN Penanti 31 Mei.
Maka tertanya-tanyalah seluruh warga Malaysia akan siapakah calon yang bakal diletakkan oleh bn bagi meneruskan perjuangan mereka yang masih bersisa.
Khabar-khabar angin menyatakan terdapat 2 nama di dalam senarai pendek untuk dicalonkan dalam PRK DUN Penanti. Benar atau tidak perkhabaran tersebut hanya mereka yang mengetahuinya.
Anak tempatan khabarnya menjadi pertaruhan. Seorang peguam dan sememangnya anak jati Mengkuang Titi.
Adakah bn telah mengakui sememangnya Dato’ Jalil tidak akan mampu memenangi hati pengundi DUN Penanti setelah menerima tamparan hebat Tsunami Mac 2008. Maka dengan itu seorang anak muda berusia 38 tahun bakal menjadi taruhan.
Biar siapa pun yang bakal menjadi lawannya. Ketahuilah oleh mereka kami AMK Permatang Pauh sememangnya akan berpencak dan tidak akan sesekali berundur bagi mempertahankan DUN Penanti.
” Lawan Tetap Lawan ”
Leave a Reply