Kebetulan Atau Perancangan?????
Posted by amkpermatangpauh on April 27, 2009
Seperti yang telah diketahui umum 23/05/09 adalah hari penamaan calon bagi DUN N12 Penanti. Secara lazim nya Maktab Perguruan Tunku Bainun akan menjadi gelanggang bagi parti – parti yang bertanding memperkenalkan calon masing – masing.
Maka pastinya pendokong parti yang bertanding dari seluruh negara akan berkumpul disana. Akan tetapi terdapat perkhabaran pelik . Khabarnya salah sebuah sekolah berdekatan tempat penamaan calon tersebut akan mengadakan suatu program yang akan turut dihadiri oleh lebih 5000 orang pada hari yang sama.
Program ini pula telah dirancang secara tergesa-gesa iaitu beberapa hari sebelum pihak SPR mengumumkan tarikh penamaan calon bagi DUN Penanti. Dan tetamu kehormat yang bakal menghadiri program adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM Malaysia.
Erm mari sama-sama kita fikirkan. Apakah ini suatu kebetulan atau BN sememangnya ketandusan penyokong sehingga terpaksa menggunakan khidmat pelajar sekolah bagi menyokong mereka?.
p/s: macam tau-tau ajer penamaan calon 23/05/09
Leave a Reply