AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Gas pemedih mata surai ceramah Anwar

Posted by amkpermatangpauh on March 24, 2009

Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.

Difahamkan polis melepaskan tembakan gas itu dalam tempoh dua jam sehingga 11.30 malam ke arah kumpulan orang ramai.

Berikutan itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah Anwar yang diadakan di padang awam Taman Ria, Sungai Petani terpaksa dibatalkan.

Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang – termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.

Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.

http://www.malaysiakini.com/news/100817

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: